Sunday, March 29, 2009

Peluang

Kesyukuran

SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian atau habuan Allah kepada makhluk- Nya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan, sebaliknya meliputi pelbagai aspek kehidupan.

Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.

Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmaniah insan. Selain itu, rezeki untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu pengetahuan, kecerdasan serta taufik dan hidayah.

Pintu rezeki untuk kenikmatan hidup di dunia terbuka kepada semua insan sama ada kafir atau mukmin dan yang jahat atau baik. Rezeki untuk kesejahteraan jasmani turut dikurniakan kepada semua makhluk. Tetapi rezeki untuk kenikmatan hidup di akhirat hanya dikurniakan kepada orang beriman.

Sejarah sejak zaman rasul dan ulama hingga ke hari ini membuktikan salah satu sebab golongan kafir menolak agama Allah kerana mereka terlalu terpesona dengan kehidupan dunia.

Golongan kafir menganggap rezeki datang daripada hasil titik peluh mereka semata-mata, sedangkan orang Islam menganggap rezeki itu daripada sumber kemurahan dan rahmat Allah s. w. t.

Di akhir Ayat 212 Surah al-Baqarah, Tuhan berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab."

Ini memberi pengertian rezeki yang dikurniakan Allah kepada seseorang itu perlu disyukuri. Jangan sekali-kali kita berasa angkuh dan sombong dengan kekayaan harta yang kita miliki.

Kita juga tidak seharusnya menyangka kekayaan dan rezeki melimpah ruah yang diperolehi itu milik mutlak kita yang tidak boleh digugat. Sesungguhnya kunci rezeki di tangan Allah s. w. t. Allah yang menentukan pembahagian rezeki kepada hamba-Nya.

Dalam kehidupan seharian, isu rezeki bukan satu persoalan yang selalunya tunduk kepada perkiraan hisab manusia. Cara dan petua untuk mendapatkan rezeki tidak selama-lamanya tepat.

Pada keseluruhannya, rajin dan usaha syarat untuk mencapai kejayaan dan menjamin seseorang itu menjadi kaya. Tetapi syarat ini kadangkala tidak tepat dan berakhir dengan kegagalan dan menemui jalan buntu.

Ada juga golongan membuat andaian ilmu yang tinggi anak kunci rezeki. Semakin banyak sijil dan semakin tinggi ilmu seseorang insan maka semakin luaslah pula rezekinya. Tetapi ada juga orang yang cetek ilmu pengetahuannya atau buta huruf mampu menjadi hartawan. Tidak kurang juga orang tercicir dalam pelajaran menjadi pemilik atau tauke besar.

Selain itu, ada pula golongan mengatakan kekayaan itu terletak kepada peluang dan nasib seseorang dan tidak kurang pula meletakkan kekayaan dan rezeki itu kepada hubungan seseorang. Semakin luas hubungannya dengan orang berkuasa maka semakin cerah peluangnya mendapat rezeki.

Inilah di antara syarat yang selalu dikaitkan untuk mendapat rezeki lumayan, tetapi semua syarat itu ada kalanya tidak membawa kejayaan.

Sesungguhnya urusan rezeki bukan ditentukan manusia, tetapi ia dalam tangan Allah s. w. t semata-mata. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dialah (Allah) yang memegang kunci rezeki seluruh alam ini dan Dialah yang berkuasa memberi dan menarik serta meluas dan menyempitkan pemberian rezeki itu.

Dari itu janganlah kita bersifat angkuh dan sombong dengan rezeki yang melimpah ruah dan usahlah kita bermegah-megah dengan kurniaan Allah kepada kita. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah s. w. t itu.

Sesungguhnya balasan bagi orang yang bersyukur jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmatKu. Jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Sedar akan hakikat ini, maka bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat kurniaan Allah s. w. t. Semoga dengan berbuat demikian, rahmat kurniaan rezeki itu akan terus berkekalan dan hidup kita akan diberkati Allah hingga ke akhir zaman. Insya-Allah.

Kesimpulan:

Kita manusia harus berusaha secara halal kemudian bertawakal kepada ALLAH s. w. t serta berdoa semoga dikurniakan rezeki yang berkat. Amin

Power Product

Sekali cuba,Hari-Hari Mau

Coffee X'sotika

Kopi Ginseng X'sotika merupakan kopi segera yang diperbuat daripada biji kopi Arabica Brazil yang terpilih dan bermutu tinggi. Ia mengandungi campuran 12 herba semulajadi dari China, India dan Indonesia dan diproses sempurna bersama gula tebu berkualiti dan krimer. Herba Cistanches, salah satu ramuan herba yang terdapat di dalam kopi ini contohnya, berkhasiat untuk meningkatkan aktiviti seksual, merawat kemandulan, dan menguatkan bahagian belakang badan dan sendi lutut. Bagi wanita, ia berkesan dalam meningkatkan tahap kesuburan. Herba ini juga dapat melancarkan fungsi usus dan buah pinggang. Rhizoma Gastrodiae elata pula dapat bertindak dalam mengurangkan sakit kepala dan stress manakala herba Resina Draconis daemonorops pula membantu melancarkan peredaran darah.

P/S: Suami Kejar Isteri,Isteri kejar suami,Anak berkejar-kejaran.

Kebenaran






N.D.Lala network menjemput anda hadir ke business preview E-dagang

BAGAIMANA JANA PENDAPATAN RM 5 RIBU HINGGA RM 30 RIBU SEBULAN


Tanpa perlu ganggu atau berhenti kerja….


“Apa untungnya tak percya.Apa ruginya kita merendah diri hadir dan nilai sendiri.”


Masuk PERCUMA


Jam: 9 mlm


hari : isnin,selasa,rabu,jumaat,sabtu


Tempat: 31-1 jln 2 A/6 danau kota,setapak ,

Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan hubungi:
012-9026272